Rancesco Bagnaia mencatat tiga kemenangan berturut-turut buat pertama kali dalam kariernya menerusi kejayaan dalam Grand Prix (GP) Austria bagi meningkatkan lagi harapannya untuk bergelar juara mutlak di penghujung musim kelak.
Pelumba Ducati itu kembali beraksi selepas rehat lima minggu dengan 66 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, tetapi jurang berkenaan kian mengecil kepada 44 mata dengan baki tujuh perlumbaan.
Quartararo sepatutnya mampu menjarakkan kedudukan dengan lebih selesa berikutan kejayaan meraih tempat kedua sementara pencabar terdekat, Aleix Espargaro, mengakhiri perlumbaan MotoGP itu di tempat ke-16 untuk ketinggalan 32 mata.
Kemenangan Bagnaia itu terhasil apabila dia memintas Enea Bastianini yang bermula di petak pertama buat kali pertama dalam kariernya tetapi gagal menamatkan perlumbaan kerana tayar hadapannya kempis.
Masih ada drama lagi dalam pusingan pembukaan itu apabila Joan Mir yang bermula di tempat kelapan terbabas di selekoh empat -- tersingkir buat kali keenamnya musim ini dan yang paling kerap berbanding mana-mana pelumba.
Jack Miller mendahului perlumbaan itu buat sementara waktu dengan baki 21 pusingan, tetapi pelumba Itali tersebut tetap menemui ruang untuk mengecapi kemenangan kelimanya musim ini, sekali gus mencatat rekod peribadi.
Tetapi detik besar di Litar Red Bull Ring itu ialah ketika Quartararo memecut deras untuk melonjak dari tempat keenam ke kedudukan kedua.
Penyandang juara dunia itu memintas Miller yang bertahan di tempat ketiga, manakala Jorge Martin pulih daripada kemalangan dalam pusingan terakhir untuk menduduki tempat ke-10.
Keputusan akhir:
1. Francesco Bagnaia (Ducati)
2. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) +0.492
3. Jack Miller (Ducati) +2.163
4. Luca Marini (Mooney VR46) +8.348
5. Johann Zarco (Pramac Racing) +8.821
6. Alex Espargaro (Aprilia) +11.287
7. Brad Binder (Red Bull KTM) +11.642
8. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +11.780
9. Marco Bezzecchi (Mooney VR46) +16.987
10. Jorge Martin (Pramac Racing) +17.144

Win number 5 of 2022! ?@PeccoBagnaia closes in once more ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/S0gd6W2iwA
— MotoGP™? (@MotoGP) August 21, 2022