Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Quartararo akui lakukan kesilapan 'budak baru'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quartararo.jpg
Fabio Quartararo kesal melakukan dua kesilapan mudah hingga terbabas di TT Belanda, secara tidak langsung menyaksikan perlumbaan merebut gelaran MotoGP 2022 kembali terbuka. 

Pelumba Monster Energy Yamaha itu mendahului senarai pelumba dengan 34 mata tetapi kegagalannya menamatkan perlumbaan di Assen pada awal pagi tadi membolehkan Aleix Espargaro merapatkan jurang kepada 21 mata. 

Selepas mengharungi musim ini hampir tiada cela, penyandang juara dunia itu memecut untuk berada di tempat kedua untuk mengekori rapat Espargaro pada awal perlumbaan. 

Kedua-dua pelumba itu kemudian terbabas ke kerikil tetapi tatkala Espargaro masih mampu mengawal jenteranya untuk menduduki tempat keempat, Quartararo pula sekali lagi terbabas di pusingan ke-12.

Dia kehilangan cengkaman di tayar belakangnya sebelum melayang ke depan dan terhempas dengan kuat, sekali gus gagal menamatkan perlumbaan pertamanya sejak Valencia 2020.

Lantas, Quartararo meminta maaf kepada Espargaro sejurus selepas perlumbaan itu yang dimenangi oleh Francesco Bagnaia, malah dia mengakui insiden terbabit sememangnya berpunca daripadanya. 

"Saya melakukan kesilapan 'budak baru'. Saya terlalu mendesak dari awal perlumbaan," katanya kepada Canal+. 


 

“Saya memohon maaf kepada Aprilia dan Aleix kerana telah menyebabkannya terkeluar trek. 

"Dengan kesilapan inilah anda belajar untuk masa depan, tetapi ia adalah satu kesilapan yang sangat bodoh. Kami sepatutnya boleh menetapkan rentak yang sangat baik dan bersaing untuk menang. 

"Ini adalah pengalaman berguna untuk masa depan. Saya mahu bangkit semula dan cuba mengutip beberapa mata tetapi motosikal saya ini bermasalah.

“Saya berhenti, pasukan memberitahu saya untuk menyelaraskannya sekiranya hujan tetapi sebaik saya menyambung semula perlumbaan, saya dapat rasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya tetap mencuba tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami perlu menganalisis nahas itu tetapi saya kehilangan cengkaman di tayar belakang jadi sata akan lihat apa yang mereka katakan. 

"Saya melakukan kesilapan budak baru."

Keputusan 10 pelumba terbaik:

1. Francesco Bagnaia (Ducati)
2. Marco Bezzecchi (Mooney VR46) +0.444s
3. Maverick Vinales (Aprilia) +1.209s
4. Aleix Espargaro (Aprilia) +2.585
5. Brad Binder (Red Bull KTM) +2.721s
6. Jack Miller (Ducati) +3.045s
7. Jorge Martin (Pramac Racing) +4.340s
8. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +8.185s
9. Miguel Oliveira (Red Bull KTM) +8.325s
10. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +8.956s

Advertisement

Must Watch Video