Skip to main content

Permotoran

MotoGP Qatar: Petak utama milik Vinales

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vinales.jpg
Maverick Vinales dengan bergaya meraih petak utama Kejohanan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Qatar apabila mengetepikan pilihan utama, Marc Marquez dan Andrea Dovizioso.

Penunggang Monster Energy Yamaha itu menghasilkan dua pusingan yang menakjubkan di Litar Antarabangsa Losail untuk merebut petak utama dengan kelebihan 0.198 saat.

Marquez, bagaimanapun, menjadi tumpuan utama berikutan persembahan bertenaganya dalam sesi latihan bebas tetapi gagal menyamai tahap Vinales untuk meraih petak ketiga.

Pelumba kelahiran Itali, Dovizioso, berpeluang untuk memperlihatkan potensi Ducati untuk menjadi pencabar terdekat Vinales.

Jack Miller akan bermula di petak keempat walaupun mengalami kecelakaan pada saat-saat akhir manakala Fabio Quartararo dan Cal Crutchlow melengkapkan barisan kedua.

Bekas juara, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo, akan bermula di barisan belakang selepas gagal menamatkan sesi kelayakan 1 ekoran terbabit dalam kemalangan awal ketika sesi ujian bebas ketiga.

Lorenzo cergas untuk meneruskan sesi kelayakan meskipun lengan dan belakang badannya terhempas kuat selepas terbabas ke kawasan batu di selekoh kedua. 

Seperti juga dengan penunggang Sepanyol itu, Rossi gagal membuat meraih petak utama selepas Takaaki Nakagami mengatasi catatannya dalam sesi kelayakan kedua untuk menyertai Crutchlow.

Justeru, Rossi akan memulakan perlumbaan di petak ke-14, satu tempat di hadapan Lorenzo.

Keputusan penuh sesi kelayakan: 

1. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) 1:53.546
2. Andrea Dovizioso (Ducati) 1:53.744
3. Marc Marquez (Repsol Honda) 1:53.745
4. Jack Miller (Alma Pramac Racing) 1:53.809
5. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) 1:53.946
6. Cal Crutchlow (LCR Honda) 1:54.095
7. Danilo Petrucci (Ducati) 1:54.200
8. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) 1:54.236
9. Takaaki Nakagami (LCR Honda) 1:54.239
10. Alex Rins (Suzuki) 1:54.257
11. Joan Mir (Suzuki) 1:54.390
12. Aleix Espargaro (Aprilia Factory Racing) 1:54.917

Advertisement

Must Watch Video