MOTOGP

MotoGP: Petrucci menangi perlumbaan dramatik di Litar Mugello

Penulis Jemputan 02/06/2019 | 15:51 MYT
Danilo Petrucci mengatasi Marc Marquez dan rakan sepasukannya di kem Ducati, Andrea Dovizioso, untuk merakamkan kemenangan sulung MotoGPnya dalam Grand Prix (GP) Itali, sebentar tadi.
Ketiga-tiga penunggang bersaing sengit memburu kemenangan dalam pusingan akhir perlumbaan dramatik di Litar Mugello itu manakala Petrucci mendahului sejak selekoh pertama dan mengekalkan kedudukan itu untuk meraih kemenangan di depan penyokong sendiri.
Petrucci menaiki podium buat julung kalinya bersama Ducati dalam perlumbaan terakhir di Litar Le Mans dan kejayaan hari ini merupakan jawapan sempurna terhadap spekulasi sama ada dia akan mengekalkan kedudukannya dalam pasukan itu pada musim 2020.
Penunggang Repsol Honda, Marquez, memulakan perlumbaan di petak hadapan dan secara tiba-tiba tergelincir di kedudukan kelima sebelum memperkemaskan tunggangannya untuk menamatkan saingan di tempat kedua dan kejayaan itu menyaksikan juara dunia lima kali berkenaan melebarkan kedudukannya di puncak kedudukan pelumba dengan 12 mata.
Dovizioso, yang suatu ketika mendahului saingan di beberapa peringkat, di tempat ketiga untuk pasukan Ducati mempunyai dua wakil di pentas podium dalam dua perlumbaan berturut-turut.
Alex Rins juga menonjolkan persembahan untuk diingati apabila akhirnya menamatkan aksi di kedudukan keempat.
Dia melonjak daripada petak ke-13 untuk berada di kedudukan ketiga dalam pusingan keempat untuk bersaing hebat di samping Dovizioso sebelum kedudukannya mula tercicir di peringkat akhir perlumbaan.
Dovizioso turut memberikan tunggangan bertenaga di sebalik bermula di petak kesembilan apabila sering bertukar kedudukan dengan Petrucci dan Marquez dalam pertarungan dramatik itu.
Jack Miller merupakan sebahagian daripada kelompok hadapan sebelum terjatuh ketika di kedudukan kelima dengan baki lapan pusingan.
Sungguhpun Itali meraikan kejayaan Petrucci dan Ducati -- menguasai Litar Mugello selama tiga tahun berturut-turut -- tetapi Valentino Rossi melalui detik buruk.
Dia bermula di petak ke-18 dan terbabas dalam permulaan saingan sebelum tersingkir selepas itu.
Fabio Quartararo, yang bermula di petak kedua di depan Petrucci, pantas tercicir di kedudukan kesembilan sebelum mengakhiri pusingan pertama dan mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-10.
Sementara itu, Hafizh Syahrin Abdullah gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah teknikal.
Terdahulu, Alex Marquez meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto2 disusuli Luca Marini dan Thomas Luthi.
Keputusan perlumbaan:
1. Danilo Petrucci (Ducati)
2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.043 saat
3. Andrea Dovizioso (Ducati) +0.338s
4. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.535s
5. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +6.535s
6. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +7.481s
7. Michele Pirro (Ducati) +13.288s
8. Cal Crutchlow (LCR Honda) +13.937s
9. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +16.533s
10. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) +17.994s
11. Aleix Espargaro (Aprilia) +20.523s
12. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +20.544s
13. Jorge Lorenzo (Repsol Honda) +20.813s
14. Karel Abraham (Reale Avintia Racing) +27.298s
15. Andrea Iannone (Aprilia) +28.051s
Kedudukan pelumba:
1. Marc Marquez (Repsol Honda) 115
2. Andrea Dovizioso (Ducati) 103 (-12)
3. Alex Rins (Suzuki Ecstar) 88 (-27)
4. Danilo Petrucci (Ducati) 82 (-33)
5. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) 72 (-43)
Kedudukan pasukan:
1. Ducati 194
2. Repsol Honda 134 (-60)
3. Monster Energy Yamaha 112 (-82)
4. Suzuki Ecstar 100 (-94)
5. LCR Honda 82 (-112)
;