Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Perubahan jentera Aprilia bantu Bezzechi catat rekod baru di Aragon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moto.jpg
Dalam ketika heboh kisah Jorge Martin yang bakal meninggalkan pasukan Aprilia musim depan dengan status keadaanya yang masih lagi menjadi tanda tanya apakah dia masih mampu atau sempat untuk beraksi bukan sahaja musim ini malah apakah juga mampu untuk turun ke litar dalam saingan musim depan.

Perkara itu bagaimanapun tidak merencatkan perancangan masa depan Aprilia setakat ini apabila terus melihat setiap potensi untuk menambah perkembangan positif yang mampu dilakukan mereka.

Krontroversi membabitkan juara dunia 2024 itu sebaliknya tidak menjadi batu penghalang kesemua warga kerja pasukan Aprilia apabila perkembangan terbaharu mereka agak mencuri tumpuan minggu ini.

Pelumba mereka Marco Bezzecci beberapa hari lalu berjaya mencatatkan rekod baharu terpantas di Litar Aragon selepas melakukan catatan 1 minit 45.694 saat yang sekaligus membuktikan ada kemajuan ketara terhadap jentera mereka selepas melakukan beberapa perubahan.

Pasukan itu masih berada di Aragon ketika ini untuk melakukan sesi ujian terhadap jentera mereka dengan bebeapa pakej sistem yang baharu.

Ia membabitkan perubahan teknikal yang agak besar iaitu terhadap rangka chasis, sistem aero dan beberapa perubahan peralatan elektronik.

Perubahan jentera Aprilia Bazzecci itu akan digunakan sepenuhnya untuk perlumbaan seterusnya yang akan berlangsung di Litar Mugelo, Itali.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video