Skip to main content

Permotoran

MotoGP perluas siaran streaming khas buat peminat di Amerika Syarikat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cb8197cf00ab74a245dbcc0daf3996ad.jpeg
MotoGP kini memperluas jangkauan peminatnya di Amerika Syarikat (AS) dengan melancarkan saluran strim khas 24 jam tanpa henti yang boleh ditonton secara percuma pada Selasa. 

Ia adalah hasil kerjasama Dorna, penganjur MotoGP, bersama syarikat penstriman C15 Studio.

MotoGP Channel akan menyiarkan liputan langsung hujung minggu ini bersempena dengan Grand Prix Austria dan akan menyiarkan secara langsung menerusi siaran tersebut termasuk sesi latihan, kelayakan serta perlumbaan Moto2, Moto3 dan MotoE.

Selain itu juga pihak penyiar akan turut menghidangkan beberapa siaran khas yang menarik bagi peminat MotoGP.

Ia merangkumi koleksi perlumbaan klasik, dokumentari dan program khas yang mengimbas detik bersejarah MotoGP.

Ketua Pegawai Komersial MotoGP, Dan Rossomondo, berkata pelancaran ini memberikan peminat di Amerika Syarikat akses mudah kepada kandungan eksklusif, di samping menarik minat penonton baharu.

Advertisement

Must Watch Video