Penguasaan jentera KTM dalam siri perlumbaan Moto3 MotoGp Grand Prix Australia baru-baru ini sebenarnya memberikan petanda yang positif buat pelumba Wildcard negara Hakim Danish menjelang aksi perlumbaan pusingan Grand Prix Malaysia 2025 yang bakal berlangsung 24 hingga 26 Oktober ini.
Perlumbaan di Litar Philips Island itu menyaksikan tiga jentera KTM akhirnya berjaya menaiki podium menerusi Jose Rueda dari Sepanyol selaku juara selain penunggang tuan rumah, Joel Kelso selaku naib juara dan juga Avaro Carpe di tempat ketiga.
Ketiga-tiga mereka menggunakan jentera KTM RC250GP varian AM82 iaitu jentera yang sama bakal digunakan Hakim Danish di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nanti.
LTM AM82 adalah evolusi terkini daripada RC250GP yang digunakan oleh pasukan Red Bull KTM Ajo dalam dunia Moto3 ketika ini yang memiliki berat sekitar 82 kilogram.
Manakala casis AM82 menggunakan trellis keluli yang diperkuatkan lagi dengan penggunaan suspensi WP keluaran khas untuk memberikan kesempurnaan tunggangan kepada pelumbanya dengan maksimum.
Ia dilihat sangat bersesuaian dengan corak tunggangan Hakim Danish yang agak agresif dan mahukan respons pantas setiap sistem yang ada pada jentera tersebut.
Hakim Danish juga dikira bertuah sebenarnya apabila KTM memberikan penghormatan untuk beliau menggunakan jentera kilang (factory Spec) rasmi dengan sistem terbaik yang mereka miliki hasil daripada kepintaran dan kemampuan kejuruteraan Austria itu.
Jadi inilah masa untuk orang Malaysia hadir seramai mungkin di Sepang nanti bersempena dengan penganjuran Petronas Grand Prix Of Malaysia 2025 untuk memberikan sokongan dan melihat sendiri sejauh mana kemampuan anak kelahiran tempatan beraksi bersama pelumba dan jentera terbaik di dunia ketika ini.
Ayuh penuhkan SIC hujung minggu ini. Dapatkan tiket anda di sini.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang