Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Pecco mula temui semula sentuhan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peco-bagnaia.jpg
Pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia, mengakui dia perlu melakukan perubahan segera untuk menghambat kedudukan dua pendahulu teratas yang kini dikuasai oleh adik beradik Marquez.

Bagnaia, yang ketika ini menduduki tangga ketiga dalam carta kedudukan keseluruhan, mengakui beliau agak bermasalah dengan jentera Ducatinya bagi musim ini.

Bagaimanapun, Pecco nampaknya kembali mendapatkan momentum sebenar pecutan di GP Amerika Syarikat hujung minggu lalu apabila berjaya mengenepikan penguasaan adik beradik Marquez dalam aksi perlumbaan sebelumnya apabila muncul selaku juara.

Namun, ia nampaknya masih belum mencukupi untuk memintas dua beradik itu dalam carta kedudukan keseluruhan melainkan dia perlu konsisten untuk memenangi setiap perlumbaan seterusnya.

Dari awal perlumbaan di GP Thailand, jentera GP25 nyata tidak 'mesra' dengan aksi tunggangan beliau seperti tahun sebelumnya, yang menyaksikan dia hanya sedikit tidak bernasib baik untuk muncul selaku juara dengan dikecewakan Jorge Martin.

Keadaan tersebut menyaksikan dia mahu menimbang semula akan kemungkinan untuk kembali menggunakan GP24 untuk mendapatkan kembali momentum aksi tunggangan sebenar yang dimahukan.

Justeru, bagi pusingan perlumbaan seterusnya yang bakal berlangsung di Qatar, Pecco tekad untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk memburu kejuaraan musim ini.

Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing kini membimbing kedudukan keseluruhan pelumba dengan mengumpul 87 mata diikuti Marc Marquez yang hanya ketinggalan satu mata di belakang dengan 86 mata.

 

Advertisement

Must Watch Video