Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Pecco mahu kembali dengan GP24 selepas dua pusingan perlumbaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pecco-bagnaia.jpg
Agak malang bagi penunggang Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia, apabila masih belum mampu menguasai dua siri perlumbaan pembukaan tirai 2025 setakat ini dengan gelaran juara.

Mengakhiri saingan di tempat ketiga di GP Thailand dan keempat di GP Argentina, Pecco merasakan seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan jenteranya hingga memaksa pelumba itu berfikir untuk kembali menggunakan jentera 2024.

Malah, Pengurus Ducati Lenovo, Tardozzi, juga terkesan dengan prestasi semasa Pecco ketika ini dan sudahpun mengarahkan semua pasukan teknikal mencari punca dan solusi terbaik untuk mengeluarkan Pecco daripada permasalahan yang dialami.

Namun menurutnya, ketika ini semua krew dalam pasukan Pecco masih belum lagi menemui sebarang kelemahan atau kecacatan terhadap jentera yang digunakan oleh rakan sepasukan Marc Marquez itu.

"Saya merindui rasa yang pernah saya lalui dalam aksi tahun lalu dn ia agak aneh ketika ini. Sekarang saya perlu dapatkan lebih mata untuk mengatasi Marquez yang setakat ini belum melakukan sebarang kesilapan.

"Saya bukanlah pelumba untuk tempat ke-3 atau ke-4 atau saya perlu kembali kepada GP24," Jelas Pecco dalam nada yang agak kecewa.

Pecco kini menduduki ranking ke-3 keseluruhan selepas dua pusingan perlumbaan dengan mengumpul 43 mata di belakang pelumba Gressini Racing, Alex Marquez, yang menduduki tangga ke-2.
 

Advertisement

Must Watch Video