Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Pecco kini benar-benar hancur secara emosi -- Tardozzi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tardozzi-bagnaia_1301277photogallery.jpg
Insiden membabikan dua pelumba pasukan Ducati Lenovo semalam pada Grand Prix (GP) Indonesia menarik minat bosnya, Davide Tardozzi, untuk tampil memberikan pandanganya terhadap apa yang berlaku.

Agak mengejutkan apabila nada yang berbeza terkeluar daripada mulut Tardozzi antara memahami dan juga kecewa.

Bagi Tardozzi apa yang menimpa Marquez adalah membabitkan faktor nasib yang tidak disengajakan sama sekali dan ia merupakan sesuatu yang malang menimpa Juara Dunia 2025 itu.

Namun, katanya ia berbeza buat Bagnaia yang telah menunjukkan aksi cemerlang dengan kebangkitan yang dipamer di Motegi minggu lalu.

Keadaan prestasi Bagnaia disifatkan sangat berbeza dalam GP Indonesia apabila beliau gagal menunjukkan konsistensi bahkan agak beremosi.

Pecco dilaporkan mengelak daripada semua pertanyaan media selepas berakhirnya perlumbaan semalam.

"Pecco kini benar-benar hancur secara emosi. Dia seorang yang sensitif, jadi kami mahu melindunginya dan beri ruang.

"Kami akan bekerja keras untuk pastikan dia kembali kuat di Phillip Island." Jelas Tardozzi yang turut kecewa dengan nasib yang menimpa pelumbanya itu.

Dalam masa yang sama juga Tardozzi turut menafikan bahawa pasukanya itu menggunakan enjin GP24 di Jepun sewaktu Pecco beraksi cemerlang tempoh hari.

"Ia tentunya adalah mustahil dan ia merupakan satu kesalahan dari segi peraturan. Enjin GP24 dan GP25 mempunyai homologasi yang berbeza."Kata Tardozzi lagi.

Selepas ini kesemua pelumba akan kembali beraksi di GP Australia namun tidak dapat dipastikan samada Marquez masih mampu turun bersaing memandangkan keadaanya yang patah tulang selangka akibat kemalangan di Mandalika
 
Energy Gel

Topup Tenaga Dengan Segera

Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video