Selepas beberapa hari melalui fasa kritikal di hospital akibat kemalangan ngeri ketika berlangsungnya perlumbaan Moto3 di Grand Priz Malaysia Ahad lalu, Noah Dettwiler akhirnya kini tidak lagi diletakkan di zon kritikal.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga pelumba itu pada Khamis, Noah kini berada dalam keadaan lebih stabil walaupun masih menjalani rawatan.
Menurut kenyataan itu, doktor masih memantau keadaan dan situasi semasa pelumba pasukan CIP Green Power itu secara dekat dalam memastikan keadaanya bertambah baik.
"Menurut doktor, Noah kini sudah stabil dan tidak lagi beradaan dalam situasi kritikal dan doktor akan terus melakukan pemantauan rapat terhadap keadaanya itu." Jelas kenyataan ahli keluarganya yang dimuat naik di laman X.
Kemalangan Noah dengan Jose Antonio Rueda pada Ahad itu juga telah menyebabkan sesi perlumbaan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa ditunda sehingga hampir dua jam.
Kedua-dua pelumba kemudianya terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter akibat keadaan yang dialami agak serius.