Tiada pelumba MotoGP yang hadir ke pusingan ke-20 di Malaysia untuk merebutkan status gelaran kejuaraan dunia musim 2025 dalam aksi perlumbaan yang dijadualkan bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini memandangkan ia telahpun kukuh dipahat oleh Marc Marquez.
Namun itu bukanlah alasan untuk mengatakan bahawa tiada lagi momentum henjutan menarik bakal ditampilkan oleh kesemua pelumba dalam penganjuran Petronas Grand Prix Of Malaysia 2025 walaupun tanpa kelibat juara dunia 2025 itu.
Melihat kepada pusingan perlumbaan di Philip Island pada Grand Prix Australia yang baru berakhir, beberapa pelumba lain yang sebelum ini kurang diberi perhatian berjaya menjelmakan aksi yang hebat dalam perlumbaan utama dan juga sprint.
Penunggang Trackhouse MotoGP Team, Raul Fernandez misalnya menarik perhatian peminat apabila dia mempamerkan aksi memukau yang menyaksikan dia muncul selaku juara selain menamatkan perlumbaan Sprint di kedudukan kedua di belakang Marco Bezzecchi.
Bagaimanapun bagi dua pelumba pasukan Primac Yamaha MotoGP iaitu Jack Miller dan juga Miguel Oliveira, kedua-duanya ada sasaran yang hendak dicapai dalam perlumbaan di Sepang nanti.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Olieveira menyatakan bahawa dia memiliki memori yang indah sepanjang beraksi di SIC termasuk dua kemenangan ketika masih beraksi dalam kategori Moto3 pada 2015 dan juga Moto2 pada 2017.
Walaupun Olieveira kini hanya mampu mengumpul 36 mata di kedudukan ke-20 keseluruhan pelumba, namun pasukanya berada di tangga ke-11 dalam carta kedudukan pasukan keseluruhan.
Justeru GP Malaysia katanya adalah peluang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi kedua-dua kategori itu.
Sepang juga katanya adalah saksi ujian pertama yang dilakukan terhadap jentera mereka Yamaha YZR-M1 pada Januari yang membolehkan pasukanya melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap jentera tersebut.
"Saya memiliki motivasi yang tinggi untuk beraksi di GP Malaysia terutamanya selepas mencatatkan kemajuan yang positif di GP Australia. Kami percaya tetapan baru yang dilakukan terhadap jentera akan memberikan prestasi yang sama di Sepang." Jelas Olieveira.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang