Pelumba Tech3-KTM, Maverick Vinales mengakui bahawa dia mengalami kerugian besar apabila meninggalkan pasukan lamanya iaitu Yamaha pada 2021.
Menurut pelumba itu, beliau kehilangan lebih RM71 juta ketika mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya bersama Yamaha pada pertengahan 2021.
Vinales ketika ditemubual oleh sebuah media di Amerika Syarikat menjelaskan, jumlah tersebut meliputi gaji dan juga jumlah tajaan syarikat terhadapnya.
Ketika beliau menjelaskan perkara tersebut, Vinales mengakui dia agak menyesal dengan tindakanya itu sedangkan dia mampu membuat keputusan yang lebih baik.
"Kadang kala saya terfikir juga bahawa perkara itu boleh ditamatkan dengan cara yang lebih baik dan menguntungkan sekiranya saya memilih untuk terus kekal (bersama Yamaha)." Jelasnya dalam temubual tersebut.
Beliau juga percaya bahawa kehilangan sejumlah besar kewangan turut mampu mempengaruhi kesihatan mental seseorang termasuk beliau sendiri