Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marquez akui kehebatan Toprak walau nada Bagnaia agak skeptikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marc-marquez-ducati-team.jpg
Nama Toprak Razgatlioglu nampaknya kian hangat diperkatakan bukan sahaja dikalangan peminat siri perlumbaan motosikal dunia sebaliknya kini mula menjadi bualan dikalangan pelumba-pelumba MotoGP.

Selepas berita tentang penghijrahan pelumba Turkiye itu daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) ke MotoGP sejak beberapa bulan lalu, kini berita itu mula menjadi tajuk bualan pelumba MotoGp.

Malah media antarabangsa mula mendapatkan respon terkini dikalangan pelumba-pelumba MotoGP tentang sejauh mana kemampuan Toprak yang cemerlang membina namanya dalam siri WSBK ketika ini.

Antara yang memiliki hubungan yang agak mesra dengan Toprak sebenarnya termasuklah pendahulu kejuaraan ketika ini iaitu Marc Marquez.

Marquez dalam sesi temubual yang diadakan pada Khamis mengakui bahawa Toprak memiliki kehebatan yang tidak boleh dinafikan di WSBK, bahkan menyakini bahawa pelumba BMW itu mampu memberikan saingan yang tersendiri dalam kancah MotoGP.

"Ya benar, saya memiliki hubungan yang baik dengan Toprak selama ini dan masih lagi sentiasa menghubunginya. Dia amat menggemari gaya dan corak tungganganya..dia memiliki kemahiran tunggangan yang berbeza terutamanya dalam kancah WSBK." Jelas Marquez pada Khamis.

Toprak jelas Marquez lagi mengakui mempunyai ketajaman kemahiran ketika mengambil selekoh dan sangat mengalu-alukan kehadiranya dalam saingan MotoGP musim depan.

Namun nada yang sedikit berbeza dilontarkan oleh rakan sepasukan Marquez iaitu Francesco Bagnaia yang melihat bahawa Toprak mungkin akan berdepan dengan pengalaman yang berbeza di MotoGP berbanding WSBK.

Malah Bagnaia menjangkakan bahawa Toprak mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk mengadaptasi corak tungganganya di MotoGP.

"Ya kita kena menerima kehadiranya di sini (MotoGP) tapi ia tidaklah mudah. Mungkin untuk musim perttama yang dilaluinya hanya akan menyaksikan dia membiasakan dirinya sahaja dalam saingan MotoGP." Kata Bagnaia.

Toprak ketika ini berada di kedudukan kedua keseluruhan kejuaraan WSBK di belakang Nicolo Bulega walaupun berjaya menjuarai kedua-dua perlumbaan yang lepas di Litar Misano "Marco Simoncelli" hujung minggu lalu.  

Advertisement

Must Watch Video