Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marc Marquez tidak dominan di Litar Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marquez-testing-buriram_044112910_rb26809_uc750493_high_1740718208-e1742347248111.jpg
Pelumba sensasi Ducati lenovo, Marc Marquez, yang kini mendahului carta kedudukan juara dunia 2025 sebenarnya tidaklah dominan dalam sejarah perlumbaanya di Litar Antarabangsa Sepang.

Jika diikutkan rekod beliau di litar itu, Marquez hanya mampu menjuarainya sebanyak dua kali sepanjang beliau beraksi bagi kategori MotoGP iaitu pada tahun 2014 dan juga 2018 ketika masih bersama Repsol Honda.

Namun skrip itu mungkin berbeza kali ini memandangkan prestasi semasa beliau bersama pasukan baharunya itu nampak jelas penguasaanya dari awal musim 2025.


 

Peminat pelumba Sepanyol di Malaysia sudah pastinya mahu melihat sendiri aksi 'come back' beliau yang mungkin bakal merubah rekod yang dicatatkan setakat ini di Sepang.

Jika dilihat kedudukanya ketika ini, agak sukar sebenarnya untuk pelumba lain menyekat kemaraan beliau untuk merebut kejuaraan dunia musim ini sekalipun adiknya Alex Marquez yang kini di kedudukan kedua.

Marquez kini gah di kedudukan pertama selepas mengumpul 455 mata selepas mencatatkan 12 kemenangan podium.

Bagaimanapun tumpuan kini pastinya terarah terhadap perebutan tempat kedua antara Alex Marquez dan rakan sepasukan Marc Marquez iaitu Francesco Bagnaia selain Marco Bezzecchi daripada pasukan Aprilia.

Alex kini di tangga kedua dengan 280 mata manakala Pecco pula mengikuti rapat di belakang beliau dengan 228 mata.

MotoGP Grand Prix Malaysia bakal berlangsung bermula 24 hinggga 26 Oktober depan.

Tiket-tiket dilaporkan laris terjual setakat ini dan anda masih berpeluang untuk menyaksikan momen-momen menarik dalam perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu di hadapan mata anda sendiri!
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video