MotoGP Malaysia: Pelumba Moto2 negara positif hasil latihan bebas
Shaiful Shamsudin
November 1, 2024 19:12 MYT
November 1, 2024 19:12 MYT
Meskipun mempamerkan tunggangan bermutu tinggi, pelumba tiket peluang khas negara, Helmi Azman, daripada Petronas MIE Racing Team terpaksa menerima hakikat menghabiskan sesi latihan pertama di kedudukan ke-29 dengan catatan masa terpantas 2:8.727 saat Petronas Grand Prix (GP) Malaysia 2024.
"Apa yang saya pelajari untuk tahun ini tiada perbezaan malah beraksi serupa seperti dalam kejohanan lain.
"Hari ini saya mempersiapkan sendiri segalanya dan ia memberi pulangan positif buat saya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi, pula menamatkan hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di kedudukan terakhir dengan catatan 2:10.045s berikutan mengalami masalah jentera.
"Sebelum selekoh terakhir, jentera saya seakan-akan berat dan tayar belakang seperti terkunci ketika saya menukar gear," luahnya.
Sementara itu, pendahulu sesi latihan pertama Moto2, Manuel Gonzalez, meluahkan keterujaan berlumba SIC dan berharap cuaca panas akan berterusan demi mendapatkan tunggangan yang lebih laju.
"Saya lebih memilih trek yang kering ia merupakan kelebihan buat saya dan saya tiada masalah untuk mengatasinya, namun semua pelumba harus menyesuaikan diri dengan jenis trek sekiranya cuaca tidak menentu," katanya.