Pelumba negara, Hakim Danish Ramli, terus mencuri tumpuan apabila menamatkan sesi latihan bebas kedua di tempat keemnam dan pusingan kelayakan di tempat ke-14 dalam perlumbaan Moto3, Kejuaraan Dunia MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Lebih manis, pelumba wildcard itu turut disahkan akan bersaing dalam musim penuh bersama pasukan MSI Racing dalam kategori Moto3 musim depan.
Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berkata prestasi yang dipamerkan Hakim Danish sememangnya di luar jangkaan dan berharap ia akan terus berkembang seiring dengan dewasanya dia sebagai seorang pelumba
"Sebenarnya kami membuat penyelarasan berdasarkan catatan masa yang dilakukan Hakim kerana lebih baik gaya tunggangannya, lebih baik penyelarasan yang boleh kami lakukan," kata Zulfahmi kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Tetapi dalam kejuaraan dunia ini, segalanya berlaku dengan cepat dalam masa yang singkat, tidak seperti Junior GP.
"Jadi, dia belum terbiasa dengan perkara itu dan kita dapat lihat dalam sesi kelayakan tadi, dia memang mahu memberikan yang lebih tetapi keadannya tidak sesuai dengan kemahuannya.
"Perkara berkenaan hanya akan disedari pelumba berpengalaman dan saya pasti dengan terpilihnya dia dalam Kejuaraan Dunia tahun depan, dia akan memperbaiki aspek itu."
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang