Dua pelumba wildcard negara, Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar, berkata mereka sudah memberikan yang terbaik dalam perlumbaan Moto2, Kejuaraan Dunia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Helmi, misalnya, berhasil menyamai pencapaian musim lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-23, biarpun dengan kekangan yang dihadapi bersama jenteranya.
"Saya mencuba untuk memberikan yang terbaik dan cuba untuk mengikut pelumba Kejuaraan Dunia di depan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Dalam masa sama, saya mencuba untuk mengatasi batasan saya dengan kekangan di atas jentera yang tidak begitu selesa.
"Ia membuatkan saya tidak dapat mengikut mereka, jadi saya hanya mengekalkan rentak dan hanya itulah yang dapat saya lakukan."
Azroy Hakeem, dalam pada itu, mengubati kekecewaan gagal menamatkan perlumbaan dua tahun lalu meskipun menamatkan perlumbaan di tempat ke-24.
"Hari ini, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan jentera saya.
"Pada awalnya, saya rasa semuanya OK tetapi selepas red flag, momentum saya agak hilang tetapi masa sepusingan saya ketika itu tidaklah begitu buruk.
"Bagaimanapun, selepas pusingan itu, saya rasa ada kehilangan kekuatan pada jentera saya, mungkin kerana sudah terlampau panas sehingga saya tidak dapat kejar kelompok pelumba di depan," kata Azroy Hakeem.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang