Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez, muncul juara Grand Prix Malaysia dalam kategori perdana MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Pelumba Sepanyol itu mempamerkan tunggangan memukau untuk mengatasi Pedro Acosta (KTM) dan Joan Mir (Honda), yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.
Marquez, yang mengesahkan gelaran naib juara keseluruhan menerusi perlumbaan sprint semalam, mempamerkan tunggangan hampir sempurna untuk meraih gelaran ketiganya musim ini.
Pelumba Ducati, Frencesco Bagnaia, yang memulakan perlumbaan di petak utama dan memenangi perlumbaan sprint semalam, terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal berbaki tiga psuingan terakhir berikutan masalah teknikal.
Marquez menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40:09.249s, 2.676 saat di depan Acosta, pada ketika abangnya, Marc Marquez, yang merupakan juara keseluruhan musim ini, tidak dapat berlumba gara-gara kecederaan.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang