Skip to main content

Permotoran

MotoGP Malaysia: 3 hari padat dengan 190,000 pengunjung tawar kemeriahan hangat di Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

motogp.jpg
Tutup cerita kemeriahan Kejuaraan Dunia MotoGP menawarkan pengalaman berbeza buat peminat, terutamanya pelumba-pelumba bertanding di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak Jumaat hingga semalam.

Tidak kurang dramanya  daripada detik manis yang menyaksikan keunggulan buat adik-beradik Marc Marquez dalam kelas utama, ke insiden cemas melibatkan pelanggaran dua pelumba Moto3. 

Wira negara, Hakim Danish Ramli, sah akan bertanding dalam Moto3 menerusi pasukan MSI Racing.

"Secara amnya, saya tahu Hakim adalah pelumba yang bagus, selain mengetahui selok-belok tentang motorsikal.

"Hujung tahun ini, ada sesi latihan tidak rasmi bersama pasukan baharu menuju persiapan tahun hadapan," kata Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.

Bercakap mengenai dua pelumba wildcard Malaysia dalam perlumbaan Moto2, Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar, ia tetap satu kebanggaan dapat mewakili negara dalam saingan berprestij itu di tempat sendiri.

"Secara keseluruhan, kami agak gembira, tetapi itu juga yang terbaik buat masa ini.

 

"Mungkin, pada tahun hadapan, kami akan lebih mencari peluang untuk pendedahan sebelum masuk ke dalam kategori wildcard," kata Razmin Masri.

Untuk rekod, masing-masing menamatkan aksi di tempat ke 23 dan 24. 

Dengan kehadiran dan sambutan menggalakkan daripada penonton dan peminat tegar sukan permotoran, ia melebihi kutipan tiket berbanding edisi lalu.

"Alhamdulillah, tahun ini mencapai lebih kurang 190,000 pengunjung. Walaupun tidak melepasi sasaran seramai 200,000, tetapi kehangatan tetap dirasai," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif.
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video