Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Malang bertimpa buat Jorge Martin, Aprilia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aprilaia-team.jpg
Juara Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, yang masih lagi bergelut dengan kecederaan yang menyaksikan dia hanya mampu sekali sahaja beraksi bagi musim 2025 memberikan kesan yang buruk buat pasukanya Aprilia Racing.

Ketika perlumbaan bakal memasuki pusingan ketujuh hujung minggu ini, Aprilia jauh ketinggalan dengan pesaingnya yang lain.

Harapan yang menjulang tinggi terhadap juara dunia itu nampaknya semakin hari semakin berkubur apabila keadaan Martin tidak langsung memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau mempamerkan tunggangan juaranya seperti musim lalu.

Aprilia ketika ini hanya berkedudukan di tempat ketujuh keseleuruhan bagi kategori pasukan di belakang pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dengan mengumpul 77 mata secara keseluruhan.

Malah malang bertimpa-timpa buat pasukan itu apabila minggu lalu Martin akhirnya mengumumkan akan keluar daripada pasukan itu sebaik tempoh kontraknya tamat hujung musim ini.

Justeru Aprilia ketika ini barangkali sedang berkira-kira untuk memasang radar yang lebih besar untuk mengintai pelumba mana yang dilihat mampu menghadirkan prospek terbaik untuk menggantikan tempat Martin bagi musim 2026 nanti.

Bagi Martin pula, keriernya dalam dunia MotoGP kini sememangnya terumbang ambing dan boleh dikatakan berada pada kedudukan berbahaya memandangkan masih belum ada sebarang penawaran daripada pasukan lain ketika ini walaupun hampir seminggu sudah mengumumkan dia bakal keluar daripada pasukan Aprilia.
 

Advertisement

Must Watch Video