Jorge Lorenzo mempamerkan peningkatan berterusan dengan merakamkan kemenangan ketiga yang dramatik dalam saingan MotoGP di Austria, sebentar tadi.
Pelumba Sepanyol itu mempamerkan prestasi mengecewakan ketika dia gagal bersaing dalam musim sulungnya bersama Ducati tahun lalu sehingga mendorongnya untuk beralih angin menyertai juara dunia, Marc Marquez, di Repsol Honda bermula 2019.
Bagaimanapun, nasib Lorenzo bertambah baik sejak pengumuman itu dan selepas meraih kemenangan berturut-turut pada awal musim ini, dia mencipta satu lagi kemenangan dengan Ducati selepas bersaing hebat dengan Marquez di Spielberg.
Andrea Dovizioso mendahului seawal selekoh pertama tetapi tidak lama kemudian, dia tersilap percaturan lalu ketinggalan di belakang Lorenzo dan Marquez dalam pusingan pembukaan yang mendebarkan.
Marquez kemudian melakukan pecutan untuk memintas Lorenzo pada awal pusingan kedua lalu meninggalkan kedua-dua penunggang Ducati itu.
Kedua-dua pelumba itu saling mengejar rapat pendahulu perlumbaan itu sebelum Lorenzo mengatur langkahnya ketika saingan berbaki 11 pusingan dengan memintas bakal rakan sepasukan itu dalam percubaan kedua.
Lorenzo kelihatan bersemangat untuk meraih kemenangan sebelum kesilapannya memberi peluang kepada Marquez untuk kembali bersaing, lalu mencetuskan perlumbaan luar biasa dan penunggang Honda itu kelihatan bergelut untuk mengawal jenteranya lebih daripada sekali.
Giliran Marquez pula melakukan kesilapan besar dalam pusingan akhir. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak menghambat Lorenzo dan akur seterunya itu mencapai kemenangan.
Keputusan itu membuat Marquez terus kempunan untuk merakamkan kemenangan di Red Bull Ring. Namun, dia semakin menjarakkan diri sebagai pendahulu MotoGP ke atas pesaing terdekat, Valentino Rossi, yang mengakhiri perlumbaan di tempat keenam.
Sementara itu, wakil negara, Hafizh Syahrin Abdullah, berputih mata untuk meraih sebarang mata apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.
Keputusan penuh:
1. Jorge Lorenzo (Ducati)
2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.130 saat
3. Andrea Dovizioso (Ducati) +1.656
4. Cal Crutchlow (LCR Honda) +9.434
5. Danilo Petrucci (Alma Pramac) +13.169
6. Valentino Rossi (Movistar Yamaha) +14.026
7. Dani Pedrosa (Repsol Honda) +14.156
8. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +16.644
9. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) +20.760
10. Alvaro Bautista (Angel Nieto) +20.844
11. Tito Rabat (Reale Avintia) +21.114
12. Maverick Vinales (Movistar Yamaha) +22.939
13. Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) +26.523
14. Bradley Smith (KTM) +29.168
15. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +30.072