MotoGP: Litar Ricardo Tormo dilanda banjir
Shaiful Shamsudin
November 2, 2024 19:00 MYT
November 2, 2024 19:00 MYT
Berikutan pusingan terakhir MotoGP di Valencia disahkan tidak akan dilangsungkan berikutan banjir teruk, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman, menegaskan peluang untuk mengumumkan juara MtoFP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih tipis.
Ia berikutan maklumat awal daripada Dorna mengesahkan bahawa SIC tidak akan menjadi venue untuk perlumbaan pusingan terakhir itu.
"Buat masa sekarang, tidak mungkin untuk mengadakan pusingan kedua di sini kerana memerlukan masa yang mencukupi untuk melakukan persiapan.
"Mereka akan mengumumkan di manakah lokasi pusingan terakhir tersebut.
"Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada mereka yang terkandas di Valencia, semoga urusan mereka dipermudahkan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Bagaimanapun, SIC akan tetap memantau maklumat terkini bagi penetapan venue terakhir perlumbaan MotoGP musim ini.