Pasukan KTM tetap kekal akan terus berentap dalam saingan MotoGP sekalipun syarikat pengeluar motosikal terkemuka Austria itu dilaporkan sedang bergelut dengan krisis kewangan yang serius.
Jaminan tersebut disuarakan oleh pengarah KTM, Hubert Trunkenpolz yang mendakwa krisis yang sedang dialami oleh syarikat induk Pierer Mobility Group tidak akan sesekali mengugat status pasukan itu dalam saingan MotoGP.
Justeru, menjelang saingan musim baru 2025 KTM kekal akan menggegarkan litar MotoGP seperti biasa.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa KTM terpaksa mengumumkan beberapa langkah pemulihan perniagaan dalam memulihkan iklim semasa ekonomi mereka.
Malah beberapa langkah pelan pemulihan tersebut turut membabitkan beberapa operasi pengeluaran terpaksa dihentikan malah sehingga menghentikan pekerja secara berperingkat.
Namun KTM melihat dan menyedari bahawa saingan dalam kancah MotoGOP yang mampu memberikan impak signifikan terhadap syarikat pengeluar itu yang perlu dikekalkan mereka.
“Sukan permotoran merupakan nadi kepada jenama KTM. Tanpa penglibatan dalam perlumbaan, jenama ini tidak akan sama. Kami komited untuk terus berada di litar walaupun berdepan pelbagai cabaran,” kata Trunkenpolz.
Malah dengan beberapa strategi dengan menarik minat beberapa penaja turut membantu mereka untuk terus kekal relevan dalam MotoGp termasuklah dengan penaja sedia ada Red Bull.
Trunkenpolz menegaskan bahawa KTM akan terus berada dalam senarai MotoGp untuk tempoh sekurang-kurangnya bagi dua musim akan datang.
King Hisyam
Mon Dec 02 2024