MOTOGP
MotoGP: Kesilapan 'Race Direction' terhadap Bagnaia terus jadi tanda tanya!
Insiden kesilapan kibar bendera kuning dalam sesi kelayakan oleh 'Race Direction' membabitkan pelumba Ducati Lenovo , Francesco Bagnaia, masih mencetuskan tanda tanya tindakan sepatutnya oleh penganjur perlumbaan.
Insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu telah mencetuskan rasa kesal dan tidak puas hati Bagnaia yang sangat terkesan selepas catatan masa terbaiknya itu dibatalkan.
Kesilapan itu telah menjadi punca momentum kelajuan Bagnaia terhalang susulan tindakan Francesco Morbidelli yang memperlahankan jenteranya pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, barubari i
Iklan
Bagnaia menyatakan bahawa 'Race Direction' telah melakukan kesilapan ketika mengibarkan bendera kuning pada sesi tersebut.
Dakwa Bagnaia, ia berlaku ketika dia sedang berusaha keras untuk merekodkan catatan terpantas pada sesi tersebut.
— Pecco Bagnaia (@PeccoBagnaia) March 2, 2025Turut menyokong kenyataan Bagnaia itu termasuklah Dani Pedrosa yang turut mendakwa telah berlaku kesilapan oleh Race Direction sehingga menyebabkan catatan terbaik Bagnaia tidak dikira.
"Sekalipun mereka mengakui (kesilapan mengibar bendera kuning), tetapi timbul persoalan mengapa mereka tidak bertindak mengembalikan catatan masa Bagnaia. Sedangkan catatan masa itu pastinya direkodkan dalam komputer mereka."Jelas Pedrosa.
Pada sesi tersebut pihak Race Direction telah mengibarkan bendera kuning selepas Marco Bezzecchi terbabit dalam kemalangan di selekoh ke-3.
Malangnya tindakan itu dibuat hanya selepas tiga minit insiden tersebut berlaku.
Kedudukan Bagnaia ketika itu sudahpun melepasi zon kemalangan terbabit namun ia telah merencatkan kelajuan jentera Ducatinya akibat tindakan Morbidelli yang memperlahankan jenteranya ketika berada di selekoh ke-5.
"Saya bertambah marah berbanding apa yang telah menimpa Franky kerana kesalahan itu adalah amat besar. Mereka mengibarkan bendera kuning bermula di selekoh ke-8 sehingga selekoh ke-3.
"Kita telah kehilangan beberapa peluang kerana mungkin disebabkan keluar agak lewat ketika sesi mengejar masa. Bagaimanapun kita mulakan sesi tersebut yang mana ketika itu masa masih berbaki dua belas minit dan saya telah memiliki satu peluang terbaik dengan tayar baharu pertama dan saya kalah disebabkan kesilapan mereka." Tambah Bagnaia.
Malah pihak Race Direction juga telah mengakui kesilapan itu namun apa yang menghairankan mengapa catatan masa terbaik Bagnaia yang dibatalkan itu tidak dikembalikan.
Must-Watch Video