MOTOGP

MotoGP: Jorge Martin terlepas perlumbaan pembukaan di Buriram

Stadium Astro
King Hisyam
27/02/2025
06:53 MYT
Sponsor Banner
MotoGP: Jorge Martin terlepas perlumbaan pembukaan di Buriram
Juara Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, sah akan terlepas pusingan pertama perlumbaan musim ini di Grand Prix Thailand akibat kecederaan baharu yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan dalam sesi latihan Isnin lalu.
Martin sebelum ini juga mengalami kecederaan yang agak membimbangkan ketika berlakunya insiden kemalangan dalam sesi pramusim di Litar Antarabangsa Sepang.
Dengan perkembangan terbaharu ini, Martin dilaporkan terpaksa melalui beberapa siri pembedahan akibat keretakan yang dialaminya.
Pasukan Aprilia memaklumkan bahawa keretakan yang dialaminya di bahagian tangan kiri pelumba itu menyebabkan dia tidak akan beraksi dalam siri pembukaan MotoGP 2025 yang akan berlangsung di Litar Buriram pada 28 Februari hingga 2 Mac ini.
"Jorge Martin mengalami beberapa keretakan yang agak kompleks, sebahagian tulang di tangan kiri beliau agak merisaukan. Selepas mendapatkan nasihat pakar bedah Martin bersetuju untuk menjalani pembedahan." Jelas Aprilia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu."
Sudah pastinya Martin tidak sempat untuk beraksi di Buriram dan tahap kecederaan serta hasil pembedahan dijalani masih lagi dalam pemantauan pasukan perubatan ketika ini.
Aprilia juga ketika ini masih belum mampu untuk memastikan adakah Martin mampu untuk menyertai pusingan kedua perlumbaan yang bakal berlangsung di Argentina pada 14-17 Mac depan atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video