MOTOGP

MotoGP: Jorge Martin sasar kembali di GP Qatar selepas terlepas dua perlumbaan

Stadium Astro
King Hisyam
21/03/2025
06:51 MYT
Sponsor Banner
MotoGP: Jorge Martin sasar kembali di GP Qatar selepas terlepas dua perlumbaan
Juara Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, mengakui keadaan yang melanda dirinya ketika ini adalah antara momen paling sukar dalam kariernya selepas terlepas beberapa pusingan perlumbaan musim baharu 2025 selepas bergelar juara dunia musim lalu.
Bagaimanapun penunggang pasukan Aprilia itu mendakwa keadaan semasa kecederaan yang dialami beliau ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif dan lebih baik yang mungkin akan memberi sinar harapan baharu untuknya kembali ke litar dalam masa terdekat.
Bagaimanapun Martin sama sekali tidak memaklumkan waktu yang dimaksudkanya secara jelas namun mengakui beliau tidak dapat lari daripada merasa kecewa akibat gagal bersaing dalam dua pusingan yang baharu saja selesai.
"Sejujurnya saya akui beberapa minggu lalu agak sukar dan saya sedang bergelut (dengan kecederaan), kerana itu saya tidak begitu aktif di media sosial.
"Seperti yang kalian sedia maklum bahawa saya berdepan dengan kecederaan pertama di Malaysia, selepas itu saya pulih dengan agak pantas. Saya mula berlatih lagi dan kemudian terbabit dengan impak yang besar ketika berlatih supermoto...ia sememangnya semakin teruk selepas itu." Kata ketika memuat naik video terbaharunya di media sosial.
Kecederaan yang paling serius ketika ini adalah melibatkan bahagian 'radius' dan 'Scaphoid' iaitu membabitkan pergelangan tangan kirinya.
Empat kecederaan iaitu patah dikesan di bahagian kaki kiri dan juga kecederaan otot di rusuk juara dunia itu.
Martin menjelaskan ketika ini dia mensasarkan untuk beraksi pada Grand Prix Qatar yang dijadualkan akan berlangsung pada 11 hingga 13 April depan jika pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sudah sihat sepenuhnya untuk kembali turun ke litar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video