Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Jorge Martin sah tinggalkan Aprilia hujung musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aprilia.jpg
Juara Dunia MotoGp 2024, Jorge Martin mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan pasukan Aprilia sejurus tamatnya musim perlumbaan musim ini.

Perkara itu diumumkan oleh pelumba itu minggu lalu ketika dia masih bergelut dengan kecederaan selepas beberapa kali terlibat dalam kemalangan sebelum dan awal musim ini.

Bagaimanapun, Martin masih lagi belum ada sebarang keputusan ke mana hala tujunya selepas kontraknya bersama Aprilia itu tamat.

Namun Martin menyatakan bahawa dia terbuka untuk sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak sebaik beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialaminya itu.

Sekiranya tiada sebarang kata sepakat mampu dijelmakan, maka masa depan pelumba berbakat itu bakal menjadi persoalan yang besar dalam dunia perlumbaan MotoGP.

 



Manakan tidak, Martin adalah juara dunia 2024 tetapi hanya mampu beraksi satu perlumbaan sahaja bagi musim 2025 dengan pasukan yang baru disertainya itu.

Malah tiada siapa yang mampu memberikan sebarang jaminan ketika ini bahawa dia akan mampu pulih sepenuhnya menjelang musim 2026 selepas mengalami kecederaan yang agak teruk selepas terbabit dengan dua kemalangan yang serius.

Ia pastinya mengundang rasa skaptikal bagi pasukan lain untuk mempertimbangkan sebarang kemungkinan untuk menawarkan sebarang kontrak buat pelumba Sepanyol itu.

Advertisement

Must Watch Video