MOTOGP
MotoGP: Jorge Martin, Marc Vazquez atau Francesco Pecco?
Juara dunia MotoGP, Jorge Martin, mengharungi detik cemas apabila terpaksa menamatkan sesi ujian masa lebih awal selepas terbabit dalam satu kemalangan ketika hari pertama latihan pra musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Senario tersebut sedikit sebanyak menghangatkan lagi perseteruan kejuaraan musim ini di antara dirinya bersama Francesco Bagnaia atau lebih dikenali sebagai Pecco dan Marc Marquez.
SIC sekali lagi menjadi tumpuan peminat sukan permotoran di samping ia adalah peluang terakhir buat pasukan melakukan pertukaran kepada jentera sebelum musim bermula hujung bulan ini.
Iklan
Hanya sempat membuat 13 pusingan, Jorge Martin terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Melihat dia jatuh dua kali sangat sukar kerana mungkin dia mahu mendapat penyesuaian menunggang jentera.
"Motor barunya lebih baik daripada musim lalu, ia perlu mengambil masa," kata salah seorang peminat.
Must-Watch Video