MOTOGP
MotoGP: Honda terus hilang taring tanpa Marc Marquez, apa strategi terbaru 2025?
Selepas penghijrahan Marc Maquez ke pasukan Ducati, nampaknya Honda masih bergelut dalam mencari momentum kejuaraan dalam saingan MotoGP hingga sekarang.
Untuk musim ini, nampaknya pengeluar jentera Jepun itu bakal melakukan perubahan besar-besaran bukan sahaja kepada jenteranya malah membabitkan segala aspek.
Menurut bos besarnya, Alberto Puig, pembaharuan yang bakal ditampilkan termasuklah tenaga pakar yang akan memastikan segala misi yang telah ditetapkan mampu dilaksanakan menjelang musim baharu MotoGP nanti.
Iklan
Jelasnya, ini termasuklah mendapatkan khidmat bekas Ketua Teknikal Aprilia, Romano Albesiano bagi mengetuai pasukan pembangunan jentera pasukan itu.
— Marc Márquez (@marcmarquez93) January 20, 2025
"Satu-satunya strategi yang bakal kami letakkan ketika ini adalah untuk menambah baik aspek jentera. Itu adalah sebagai permulaan dan untuk mencapainya Honda memperuntukkan segala sumber dan teknologi yang dimiliki untuk digunakan.
"Ia tidak hanya membabitkan sumber kewangan semata tetapi juga sumber manusia dan itu adalah sebab mengapa kami perlu mendapatkan Romano."Jelas Puig kepada media.
Jika dilihat perkembangan dalam beberapa musim perlumbaan MotoGP, Honda boleh dikatakan ketika ini sedang melalui tempoh yang penuh kelam.
Malah mereka hanya mampu menamatkan kempen musim lalu di kedudukan tercorot bagi kategori pengeluar, tatkala Johann Zarco hanya mampu menamatkan kempen perlumbaan di tangga ke-17.
Pencapaian ini adalah sangat berbeza ketika era di mana Mark Marquez masih lagi bersama Honda dengan rekod paling cemerlang sekali gus mengangkat pasukan itu selaku paling disegani suatu ketika dahulu.
Must-Watch Video