Bahang saingan MotoGP Malaysia 2025 kian dirasai dengan berbaki tiga hari lagi menuju hari perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula Jumaat ini.
Lebih menarik, hujung minggu ini bakal menyaksikan penampilan tiga pelumba negara selepas penyertaan secara 'wild card' buat dua lagi wakil Malaysia dalam kelas Moto2, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman.
Bagi helmi, dia bersyukur dipilih mewakili pasukan Petronas MIE Honda Racing dan mampu beraksi buat kali ketiga selepas tahun 2024 dan 2023.
Meskipun tidak berpeluang mencuba jentera baharu yang bakal digunakan kerana jadual perlumbaan lain yang padat, Helmi tekad membalas kepercayaan pasukan dengan aksi terbaik, selain mensasarkan untuk tidak berada dalam kelompok belakang menuju ke garisan penamat.
"Sudah tentu edisi kali ini saya mahu memperbaiki catatan tahun lalu.
"Saya tidak mahu menduduki tempat terakhir. Saya berharap saya bukan orang paling terakhir.
"Saya juga nak tambah baik masa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Ayuh penuhkan SIC hujung minggu ini. Dapatkan tiket anda di sini.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang