Pusingan ketujuh siri perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Litar MotorLand Aragon di Sepanyol adalah peluang terbaik untuk Alex Marquez memintas kedudukan abangnya, Marc Marquez, yang kini mendahului carta kedudukan keseluruhan pelumba.
Dengan hanya dibezakan 24 mata, Alex dan pasukanya, Gresini Racing, tentunya sudah merancang percaturan terbaik untuk memastikan kedudukan pendahulu itu dirampas di Grand Prix Aragon hujung minggu ini.
Namun, hubungan adik-beradik itu sudah tentunya di luar litar sahaja, Marc yang hanya berpuas hati di tempat ketiga dalam siri perlumbaan di Grand Prix United Kingdom minggu lalu tentunya tidak akan sesekali membenarkan ia berlaku.
Kekecewaan di tangan Bezzecchi dan Zarco di Litar Silverstone pastinya sedikit-sebanyak akan ditebus oleh Marquez, yang kini nampak kian selesa dengan pasukan barunya, Ducati Lenovo, hingga menenggelamkan pelumba lama pasukan itu, Francesco Bagnaia.
Malah penampilan Marquez yang amat menonjol sebaik menyertai Ducati Lenovo menyebabkan Bagnaia seakan hilang taringnya, bahkan sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai masalah dengan jenteranya.
Bagaimanapun sudah pastinya beraksi di litar negara sendiri bakal memberikan kelebihan buat Marc dan Alex, yang menjajikan sorakan ribuan peminat tanah air mereka.