MOTOGP
MotoGP: Fermin Aldeguer daripada penampilan pertama ke podium!
Selain aksi dan sejarah menakjubkan yang dilakar oleh Johan Zarco yang menamatkan kemarau panjang pelumba Perancis di Litar Le Mans dengan kejuaraan yang dicipta, peminat perlumbaan MotoGP juga turut menyaksikan kehebatan pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Fermin Aldeguer.
Dalam pusingan perlumbaan Grand Prix Perancis itu, Aldeguer berjaya memahat kemenangan podium selepas menamatkan perlumbaan podium buat pertama kalinya.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu sedeikit sebanyak membuktikan bahawa dia bukanlah pelumba yang hanya melengkapkan korum jumlah pelumba di setiap pusingan perlumbaan sahaja bahkan turut mampu melakarkan podium dalam apa jua keadaan.
Iklan
Tentunya sahaja baginya kemenangan itu cukup memberikan seribu makna dalah sejarah karrernya selaku pelumba MotoGP walaupun berstatus rookie bagi pasukan yang disertainya itu.
"Hari ini adalah hari yang cukup istimewa buat saya kerana memenangi podium dalam satu perlumbaan yang panjang itui adalah lebih penting. Ia menghadirkan sedikit rasa gementar di permulaan perlumbaan namun syukur kerana saya berjaya mengendalikanya dengan baik.
"Saya tidak mempunyai banyak pengalaman dalam beraksi di litar yang basah namun mujur daripada satu pusingan ke satu pusingan saya melakukanya dengan baik." Katanya yang ditemui media selepas meraikan kemenangan sulungnya itu di podium bersama Zarco dan Marquez pada Ahad.
Beliau juga menjelaskan betapa sikap tenang ketika mengharungi perlumbaan dalam keadaan litar basah itu penting yang akhirnya membuahkan kejayaan pertama buatnya.
"Bila saya lihat masih berbaki 20 pusingan lagi keadaan litar masih lagi tidak berada dalam keadaan yang baik, tapi saya kekal tenang dan saya semakin seronok mengendalikan jentera untuk berada di depan."Katanya lagi.
Peminat menganggap ia pentanda amat positif buat Aldeguer untuk terus menyinar dalam kancah perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu untuk mengharungi pusingan baki perlumbaan seterusnya
Must-Watch Video