Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Fabio Quartararo tidak perlu bedah tangan kiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quartararo.jpg
Fabio Quartararo mengalami patah tangan selepas terhempas dalam sesi latihan motocross, kelmarin. 

Juara MotoGP 2021 itu mendedahkan dia tidak memerlukan pembedahan berhubung kecederaan di tangan kirinya itu. 

Dia menciap: "Semalam saya mengalami kemalangan ketika latihan motocross dan saya mengalami sedikit keretakan tulang di tangan kiri. 

"Tiada pembedahan diperlukan, kini masa untuk pulih."


  Ia satu lagi tamparan buat pelumba Monster Energy Yamaha itu yang terlepas kesempatan untuk mengekalkan gelarannya tahun ini.

Penunggang Perancis itu menduduki tempat kedua di belakang Francesco Bagnaia yang dinobatkan sebagai juara dalam Grand Prix Valencia selain jurang 17 mata mengekori pelumba Itali tersebut. 

Ujian untuk musim 2023 akan berlangsung di Sepang pada 5 Februari dengan perlumbaan pertama akan diadakan di Portugal pada 26 Mac depan.

Advertisement

Must Watch Video