Saingan Moto GP di Qatar di mana Fabio di Giannantonio menangguhkan hasrat buat Francesco Bagnaia untuk julang kejuaraan dunia lebih awal apabila berjaya mengungguli Litar Losail..
Giannantonio yang menunggang jentera Ducati bersama pasukan Gresini Racing menderu laju sebagai pemenang dengan catatan 41 minit 43.654 saat meninggalkan calon juara -- Bagnaia dengan 2.734 saat di belakang..
"Kami berjaya lakukan permulaan pantas dan cuba untuk memecut lebih laju, tetapi Digi begitu menakjub," kata Bagnaia.
Di Giannantonio pula berkata" Saya nampak dia (Bagnaia) lakukan kesilapan dan saya ambil peluang yang ada.
"Ia minggu yang menakjubkan. Ini satu penebus maruah, balas dendam untuk diri saya dan semua orang yang meragui saya. Kami berjaya lakukan dan kini saya pemenang MotoGP>"
Luca Marini dari Mooney VR-46 melengkapkan kedudukan podium..
Kejayaan Giannantonio ini menyaksikan beliau kini naik ke tangga ke-12 kategori pelumba sementara Bagnaia hanya perlukan 5 mata sahaja lagi andai mahu julang kejuaraan dunia di aksi penutup musim ini, di GP Valencia.