MOTOGP
MotoGP: Espargaro, KTM cipta sejarah raih petak utama
Pol Espargaro akan bermula di petak utama buat kali pertama sepanjang kariernya dalam MotoGP selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan kedua Grand Prix Styrian di Austria semalam.
Pelumba Red Bull KTM Factory Racing itu merekodkan 1 minit 32.580 saat untuk bermula di petak utama perlumbaan di Litar Red Bull Ring hari ini.
Selain ia merupakan kedudukan permulaan terbaik buat pelumba Sepanyol berusia 29 tahun itu, ia juga merupakan petak utama pertama buat pasukan dari Austria itu, yang meraih kejuaraan pertama dalam Grand Prix Republik Czech dua minggu lalu.
Iklan
Espargaro perlu beraksi baik berbanding dalam Grand Prix Austria minggu lalu, di mana dia mendahului sebaik perlumbaan dimulakan semula selepas kibaran bendera merah sebelum gagal meneruskan perlumbaan gara-gara perlanggaran dengan Miguel Oliveira.
Pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami, pula akan memulakan perlumbaan sebenar dari petak kedua manakala Johann Zarco, yang menjalani pembedahan pergelangan tangan Rabu lalu, merupakan pelumba ketiga terpantas dalam sesi kelayakan itu.First career #MotoGP pole for @polespargaro!!! ?KTM have their first premier class pole with @takanakagami30 narrowly missing out! ?#AustrianGP ? pic.twitter.com/9EESwEKvgM— MotoGP™? (@MotoGP) August 22, 2020
Bagaimanapun, disebabkan Zarco didenda memulakan perlumbaan itu dari lorong pit berikutan perlanggaran dengan Franco Morbidelli minggu lalu, Joan Mir akan memulakan perlumbaan dari barisan depan.
Keputusan pusingan kelayakan:
1. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) 1:23.580
2. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +0.022s
3. Johann Zarco (Esponsorama Racing) +0.252s
4. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +0.098s
5. Jack Miller (Pramac Racing) +0.120s
6. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +0.198s
7. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.202s
8. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech 3) +0.217s
9. Andrea Dovizioso (Ducati) +0.269s
10. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) +0.286s
11. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.441s
12. Danilo Petrucci (Ducati) +0.594s
Must-Watch Video