Skip to main content

Sukan Lain

MotoGP: Enea Bastianini muncul juara di Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enea-bagnaia.jpg
Pelumba Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini, memastikan kejuaraan pertama musim ini selepas muncul pelumba terpantas menamatkan saingan di Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2023 sebentar tadi.

Memulakan saingan di petak ketiga, Bastianini berjaya memintas rakan sepasukan dan juara dunia, Francesco Bagnaia serta Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing pada pusingan pertama untuk mendahului perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba kelahiran Itali itu melintasi garisan penamat dalam masa 39 minit 59.137 saat sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraannya selepas kali terakhir menang di GP Aragon, Sepanyol September 2022.

Juara perlumbaan pecut semalam, Alex Marquez dari Gresini Racing MotoGP yang ketinggalan 1.535s menduduki tempat kedua, manakala Bagnaia di tempat ketiga.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video