PERMOTORAN
MotoGP: Ditimpa kemalangan ketika sesi latihan, Quartararo bangkit raih petak pertama
Fabio Quartararo daripada diusung pegawai perubatan berikutan kemalangan berkelajuan tinggi kepada meraih petak pertama di Grand Prix Aragon.
Pendahulu kejuaraan, Quartararo, diusung ke tepi litar dengan kecederaan pinggul setelah jatuh di selekoh 14 ketika sesi latihan terakhir di Motorland semalam.
Pelumba Petronas Yamaha itu kelihatan menggunakan tongkat tetapi diberikan kebenaran untuk kembali ke trek selepas berkunjung ke khemah perubatan yang mendedahkan tiada sebarang kecederaan serius telah berlaku.
Iklan
Quartararo secara mengejutkan mengatasi kesakitannya untuk mendapatkan tempat pertama di grid di hadapan Maverick Vinales, dengan Cal Crutchlow di tempat ketiga.
Keputusan kelayakan:Sensational from @FabioQ20!!! ?After ending FP3 on a stretcher, he ends the afternoon on pole position! ?#AragonGP ? pic.twitter.com/kCGmz9WjSi— MotoGP™? (@MotoGP) October 17, 2020
1. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) 1:47.076
2. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +0.046s
3. Cal Crutchlow (LCR Honda) +0.229s
4. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.241s
5. Jack Miller (Pramac Racing) +0.337s
6. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +0.603s
7. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +0.683s
8. Danilo Petrucci (Ducati) +0.848s
9. Aleix Espargaro (Aprilia) +0.912s
10. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.959s
11. Alex Marquez (Repsol Honda) +1.113s
12. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +1.126s
Must-Watch Video