MOTOGP
MotoGP: Damok mahu cipta sensasi di Portugal
Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, mahu mencipta sensasi dalam penampilan musim penuh pertamanya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia, MotoGP, menjelang perlumbaan Grand Prix Portugal hujung minggu ini.
Pelumba yang turut dikenali dengan panggilan Damok itu mahu mempamerkan tunggangan terbaiknya bagi mengulangi kecemerlangan pelumba negara dalam kategori itu sebelum ini, antaranya Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah dan Adam Norrodin.
Syarifuddin, 21, yang mewakili pasukan MT Helmets MSL, turut berkongsi bahawa dia telah menjalani persiapan rapi dan berasa teruja menjelang hari perlumbaan pada Ahad ini.
Iklan
"Perasaan saya memang amat gembira dan amat teruja untuk memulakan tunggangan, jadi saya memang tidak sabar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syen Yeoh.
"Cuaca ketika ini memang amat baik jadi saya perlu fokus untuk mendapatkan masa sepusingan yang bagus dalam ujian latihan bebas saya."
Sebagai rekod, Damok pernah membuat penampilan selaku pelumba peluang khas dalam GP Aragon pada 2021 dan pernah melakukan penampilan dalam GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia tahun lalu.
Must-Watch Video