Agak menarik sebenarnya untuk menyaksikan MotoGP Grand Prix Portugal hujung minggu ini yang bukan sahaja bakal menyajikan aksi perlumbaan tiga kategori yang biasa kita saksikan tetapi ia bakal menjadi medan debut pertama buat pelumba daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) iaitu Nicolo Bulega.
Rival kental Toprak Razgatlioglu yang kini memburu kejuaraan musim ini dalam WSBK itu dijadualkan akan menunggang Ducati Lenovo untuk menggantikan Mar Marquez yang masih lagi menjalani proses pemulihan selepas kemalangan di Litar Mandalika.
Perkembangan terbaharu itu sedikit sebanyak menarik perhatian Toprak yang bakal beraksi sepenuhnya dalam saingan MotoGP bermula musim 2026 nanti.
Toprak dan Bulega ketika ini hanya dipisahkan 13 mata sahaja dalam pemburuan kejuaraan dunia WSBK bagi musim 2025.
Jelas Toprak yang akan meninggalkan saingan WSBK tidak lama lagi, Bulega sememangnya diakui memiliki kebolehan dan aksi tunggangan yang mengagumkan sepanjang musim ini.
"Saya gembira bagi pihak Bulega di mana beliau telah menunjukkan perkembangan yang lebih baik setiap tahun dan sekarang dia memiliki peluang untuk beraksi dalam saingan MotoGP. Saya sentiasa memerhatikanya terutamanya dalam dua pusingan terakhir ini." Kata Toprak kepada media pada Rabu.
Bagaimanapun tidak seperti Toprak, Bulega akan terus kekal beraksi dalam kancah WSBK musim depan.
"Saya harap beliau (Bulega) akan melaksanakan tugasnya dalam saingan di Portugal ini kerana ia amat penting buat WSBK."Jelas Toprak lagi