Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Bagnaia pilih untuk tidak bermusuhan dengan Marc Marquez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bagnaia.jpg
Biarpun dalam satu pasukan namun perseteruan antara Frencesco Bagnaia dan Marc Marquez di litar ketika setiap kali menghenjut jentera Ducati mereka memang sukar dinafikan setakat ini.

Namun perseteruan itu tentulah sihat memandangkan hubungan mereka ketika di luar litar tidaklah renggang, cuma masing-masing ada misi yang hendak dituju sebelum berakhirnya musim perlumbaan 2025.

Bagaimanapun menjelang aksi yang akan berlangsung di Litar Mugelo, Itali pada 20 Jun ini, Bagnaia nampaknya memperolehi perkembangan positif tentang jenteranya.

Terkini, jentera Ducati Desmosedici GP dengan enjin Stradale 90° V4 melalui sedikit perubahan dengan penukaran sistem break.

Nampak kecil namun ia cukup memberikan kesan yang baik buat Bagnaia memandangkan beliau merupakan antara pelumba yang kerap memilih untuk melakukan 'Hard Breaking' di saat akhir sebelum menurunkan lutut untuk memasuki selekoh.

Justeru keberkesanan cengkaman break di saat akhir itu membolehkanya memiliki sedikit kelebihan dalam zon pecutan dengan kemampuan memasuki selekoh di saat akhir yang maksimum.

"Saya boleh katakan ia perkembangan yang positif sebelum saya memulakan aksi di Mugelo nanti untuk mencipta kemenangan namun anda harus berpijak di bumi yang nyata setiap kali anda beraksi." Katanya kepada media pada Rabu.

Menyentuh mengenai hubunganya dengan Marquez, Bagnaia lebih melihat perkara itu atas dasar profesional yang tidak menjejaskan sebarang bentuk urusan peribadi.

Begitu juga ketika melihat soal berkaitan layanan pasukan Ducati Lenovo yang kini lebih melebihkan Marquez beliau.

Sedangkan sebelum kehadiran Marquez boleh dikatakan seluruh pasukan Ducati Lenovo menumpukan sepenuhnya kepada beliau selaku pelumba utama pasukan dengan hampir memenuhi setiap permintaanya.

Tidak hairanlah kerap kali juga ada cerita yang mengkritik tindakan pasukan itu dengan mengaitkan layan berat sebelah dalam melayani kedua-dua pelumba mereka.

Namun Bagnaia nampaknya agak tenang dalam menagkis persepsi tersebut sehingga setakat ini.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bermusuh atau mencipta masalah kerana Marc memiliki keyakinan yang lebih berbanding saya tentang jentera yang digunakanya." Jelas Bagnaia lagi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video