MOTOGP
MotoGP: Bagnaia lontar amaran gugat kedudukan pendahulu
Francesco Bagnaia dalam rentak terbaik mengejar pendahulu keseluruhan MotoGP, Jorge Martin, dalam misi merebut kedudukan podium utama.
Bagnaia mempamerkan tunggangan terbaik dengan menamatkan sesi latihan bebas MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini di kedudukan pertama dengan catatan terpantas 1:57.679 saat, manakala Jorge Martin yang sempat terbabas di tempat kedua dengan catatan 1:57.729s.
"Permulaan yang baik buat kami selepas sudah melakukan persediaan rapi dan segalanya berjalan lancar.
Iklan
"Strategi kami sangat bagus dan saya sangat gembira dengan catatan masa selain sudah bersedia mengungguli litar ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, hari ini.
Jorge Martin mendahului carta juara keseluruhan MotoGP dengan 453 mata sambil diekori rapat Bagnaia dengan 436 mata, sekali gus memberi mesej jelas bahawa saingan musim ini masih belum berakhir menjelang baki dua perlumbaan terakhir di Portugal dan Sepanyol.
Must-Watch Video