Francesco Bagnaia muncul pendahulu baru kategori pelumba MotoGP selepas Fabio Quartararo mengalami kemalangan dan Alex Rins memenangi perlumbaan Grand Prix Australia di Litar Phillip Island sebentar tadi.
Pendahulu asal kejuaraan dunia, Quartararo, kemalangan dalam pusingan ke-11 selepas kesilapan awalnya menyaksikan dia terkeluar daripada kelompok depan.
Kegagalan Quartararo dalam perlumbaan kali ini menyaksikan dia menamatkan tiga daripada empat perlumbaan terakhir tanpa sebarang mata.
Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, kini mengumpulkan 233 mata dan berkelebihan 14 mata di depan pelumba Perancis berkenaan walaupun dia berpeluang untuk mencatatkan kelebihan lebih besar sebelum melepaskan pendahuluannya dalam pusingan terakhir.
Rins Dan Marc Marquez memintas Bagnaia pada penghujung perlumbaan, di mana kesemua tujuh pelumba di kelompok depan hanya memilki perbezaan catatan masa yang amat kecil.
Ia merupakan kemenangan ketiga Rins sepanjang kariernya dan yang pertama dalam musim ini. Ia juga merupakan penamat podium ketiganya tahun ini tetapi yang pertama selepas 14 perlumbaan.
Marquez pula memanjat podium buat kali ke-100 sepanjang kariernya dalam kelas perdana, sekali gus menamatkan penantian panjangnya selepas menjalani pembedahan humerus pada Jun lalu.

The boys and girls in light blue are BACK ON THE TOP STEP! ?@Rins42 with the most EPIC VICTORY! ?#AustralianGP ?? pic.twitter.com/SbeHMbFIlY
— MotoGP™? (@MotoGP) October 16, 2022
Ia merupakan kemenangan ketiga Rins sepanjang kariernya dan yang pertama dalam musim ini. Ia juga merupakan penamat podium ketiganya tahun ini tetapi yang pertama selepas 14 perlumbaan.
Marquez pula memanjat podium buat kali ke-100 sepanjang kariernya dalam kelas perdana, sekali gus menamatkan penantian panjangnya selepas menjalani pembedahan humerus pada Jun lalu.
UNBELIEVABLE! QUARTARARO IS OUT OF THE RACE! ?@FabioQ20's title hopes ARE FALLING APART! ?#AustralianGP ?? pic.twitter.com/A2tjEhLOEV
— MotoGP™? (@MotoGP) October 16, 2022