Pasukan Aprilia mengumumkan bahawa mereka hanya akan melakukan ujian khas bersama juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin selepas mendapat laporan lengkap perubatan yang mengesahkan pelumba itu cergas sepenuhnya untuk beraksi.
Segala perancangan untuk mengembalikan Martin di atas litar bagi saingan musim perlumbaan 2025 hanya akan diputuskan selepas Martin lulus dalam kedua-dua keputusan tersebut.
Martin ketika ini sedang melalui fasa akhir sesi pemulihan selepas terbabit dalam dua insiden kemalangan yang menyaksikan beliau hanya mampu beraksi sekali sahaja sejak awal musim.
Akibat kemalangan tersebut, Martin mengalami kecederaan yang serius dan mengalami patah di beberapa bahagian badan selain retak.
Musim 2025 adalah musim paling malang buat perlumba itu selepas cemerlang merangkul kejuaraan dunia bagi tahun 2024.
Bagaimanapun dengan baki pusingan perlumbaan yang tiggal ketika ini, adalah amat sukar untuk menyaksikan Martin kembali ke prestasi terbaiknya seperti tahun lalu.
Malah bulan lalu Martin sudah mengesahkan bahawa beliau tidak akan lagi bersama pasukan Aprilia untuk musim depan dan ketika ini dia sedang mengintai dan menunggu sebarang tawaran kontrak daripada pasukan lain bagi musim 2026