Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Alex Marquez selesai jalani pembedahan tangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alex-marquez-gresini-racing-af-2-(1).jpg
Pelumba BK8 Gresini Racing, Alex Marquez dilaporkan telah selamat menjalani operasi pembedahan tangan kirinya akibat insiden kemalangan yang menimpanya pada Grand Prix Belanda hujung minggu lalu.

Keadaan Alex ketika ini stabil dan sesi pembedahan tersebut yang dijalankan di Madrid, Sepanyol itu dilaporkan berjaya sepenuhnya.

Bagaimanapun status sebenar samada Aloex akan mampu menyertai perlumbaan bagi pusingan seterusnya yang bakal berlangsung di Grand Prix Jerman pada 13 Julai ini masih lagi belum diputuskan.

Ketika ini tiada sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut dikeluarkan oleh pasukan perubatan yang merawat Alex.

Pada GP Belanda tempoh hari Alex Marquez yang kini menduduki tangga kedua di belakang abangnya Marc Marquez dalam carta kedudukan keseluruhan kejuaraan bergesel dengan Pedro Acosta daripada pasukan Red Bull KTM di pusingan awal perlumbaan sehingga menyebabkan beliau gagal mengawal jenteranya sebelum terjatuh.

Kemalangan itu menyebabkan beliau mengalami patah di bahagian tangan kirinya sehingga gagal meneruskan perlumbaan tersebut.

Keadaan ini akan memberi kesan yang besar buatnya yang ketika ini bersaing dengan Marc untuk merebut gelaran juara dunia bagi musim 2025.

Advertisement

Must Watch Video