Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Agusto Fernandez nafi Yamaha bakal gunakan V4 di Aragon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

v4.jpg
Kecoh sehari dua ini bahawa pasukan Yamaha bakal menggunakan jentera enjin baharu iaitu Yamaha V4 menjelang pusingan perlumbaan yang bakal berlangsung di Aragon hujung minggu ini.

Perkembangan tersebut segera tersebar di dada utama media antarabangsa yang melihat bahawa Yamaha bakal mengubah keputusan yang lebih positif.

Namun, perkara tersebut dinafikan oleh penunggang ujian pasukan itu, Agusto Fernandez, yang mengesahkan bahawa dua spesifikasi enjin yang akan diuji pada minggu ini bukanlah V4 seperti digembar-gemburkan.

Bagaimanapun, Fernandez tidak pula mendedahkan spesifikasi enjin baharu sebenar yang bakal digunakan oleh dua pelumba mereka di Aragon jika bukan V4.

Kehangatan perlumbaan MotoGP bakal diteruskan lagi pada pusingan perlumbaan kelapan iaitu Grand Prix Aragon yang berlangsung pada 6 hingga 8 Jun.

Ketika ini penunggang Ducati Lenovo, Marc Marquez, masih lagi mendahului carta kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 196 mata dengan diikuti rapat oleh adiknya iaitu Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing dengan hanya dibezakan 24 mata sahaja.

Advertisement

Must Watch Video