MOTOGP
Moto3: Damok bakal mulakan perlumbaan di petak terakhir
Serba tidak menjadi buat pelumba MT Helmet MSI Racing Team, Syarifuddin Azman, meluahkan punca utama yang menjadi penghalang untuk mempamerkan prestasi baik.
Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok itu berkongsi dia terus bergelut memacu jentera KTM kerana masalah komunikasi dengan mekaniknya.
Menafikan terdapat masalah dengan pasukan, namun kekurangan daripada segi persefahaman apabila perubahan tidak sama seperti pelarasan yang Damok mahukan.
Iklan
Walaupun ada perubahan positif pada aksi kelayakan, namun ia sudah terlambat apabila damok menamatkan saingan dengan 2 minit 13.499 saat sekaligus menyaksikannya bakal bermula di petak terakhir.
"Kurang gembira dengan keputusan minggu ini dan disebabkan ini perlumbaan di tempat sendiri agak kecewa tidak dapat tunjukkan prestasi baik depan peminat.
"Serba tidak jadi (jumpa) 'setting' agak lambat. Jika esok kumpulan boleh 'buat jentera' pasti ada kejutan, sebab kita tahu John McPhee pun pernah ada di belakang tapi akhirnya menang perlumbaan.
"Kalau dia boleh, saya pun boleh buat,” katanya
"..mereka keliru contoh saya jelaskan ke arah ini tapi mereka buat lain,” katanya.
Must-Watch Video