Skip to main content

Permotoran

Moto3: Timbalan menteri belia dan sukan seru badan korporat pacu permotoran negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-adli-kj.jpg
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, merayu badan korporat agar mengambil tanggungjawab untuk membantu pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, untuk beraksi dalam kancah Moto3. 

Impian itu hampir menjadi kenyataan buat Hakim Danish, namun penghalang utama ketika ini adalah kekurangan separuh daripada kos penyertaan yang mencecah RM4 juta.

Tegasnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menyalurkan bantuan hampir RM2j tetapi masih tidak memadai untuk menampung keseluruhan kos perlumbaan.

"Peringkat kerajaan cuba bantu sebaik-baiknya di bawah setiap dana yang wujud di bawah KBS tapi kami juga ada hadnya. 

"Sukan permotoran memang amat mahal, maka sebab itu Hakim Danish juga menyebut bahawa dia memerlukan lebih daripada apa yang telah diberikan kerajaan. 




"Dana yang dikeluarkan KBS tidak mungkin akan dapat tampung. Lebih banyak (tajaan) adalah lebih baik untuknya," katanya. 

Dalam masa yang sama, KBS sudah memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi membantu Hakim Danish dan beberapa atlet lain di bawah program pembangunan sukan bermotor.

"Tentu sekali kami adakan kerjasama dengan MAM untuk kami lihat dan bantu dalam masa terdekat ini," katanya. 

Adam ditemui dalam Majlis Perasmian Eco Lifestyle Med Health yang turut dihadiri bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, serta pengasas Eco Lifestyle Group, Tan Hai Yong.
 
Vitamin

Stamina Kekal Kuat

Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video