MOTOGP
Moto3: Damok bakal gegar Litar Sepang
Pelumba Moto3 MT Helmet MSL, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok dijangka terus membuktikan dirinya dalam saingan terutama di laman sendiri, serta disokong lebih 170,000 peminat sukan permotoran tanah air.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif meletakkan harapan tinggi terhadap damok susulan peningkatannya apabila tampil ke pentas Moto3 melalui tiket wildcard musim lalu dan tahun ini, secara penuh.
Difahamkan SIC tiada tiket wildcard buat pelumba tempatan, namun tidak menolak sekiranya penaja utama GP Malaysia, Petronas berbuat sedemikian seperti musim lalu, di mana Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayudin dan Azroy Hakeem Anuar beraksi dalam kelas Moto2.
Iklan
"Untuk tahun ini, kita tak ada rancangan lagi untuk meletakkan pelumba negara atas tiket wild card. Tahun lalu, dua pelumba Petronas bersaing atas tiket wild card dalam kategori Moto2.
"Kalau ada penaja wild card seperti Petronas, saya tidak menolak kemungkinan,” katanya.
Turut diumumkan oleh Shafriman, penjualan tiket rahmah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan harga berpatutan.
"Selain harga tiket istimewa, parkir percuma dan menu Rahmah untuk F&B (food and beverages) turut akan diperkenalkan. Ini pertama kali kami perkenalkan inisiatif seumpama ini.
"Jadi kami menjangkakan 170,000 penonton berbanding 164,000 penonton yang hadir pada tahun lepas dan sekarang kita berada di landasan yang betul untuk sold out kerana sudah hampir 70 peratus tiket dijual bermula tahun lepas," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Must-Watch Video