Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, menyifatkan kejayaan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam GP Republik Czech, Ahad lalu, adalah pencapaian terbaiknya musim ini.
Adam berharap dapat meneruskan momentum tersebut di GP Austria, minggu ini.
Kejayaan di GP Republik Czech menebus kekecawaan di litar sama musim lalu apabila dia gagal menamatkan saingan.
Meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-24, Adam berjaya memintas beberapa pelumba dan dapat mengelak daripada terlibat dalam kemalangan sebelum menamatkan saingan di kedudukan kesembilan.
"Bagi saya, kami dalam keadaan yang baik selepas tiga perlumbaan. Jentera juga berada dalam keadaan baik berbanding sebelum ini di mana kami agak bergelut.
"Selepas melakukan ujian di Litar Aragon, Sepanyol, kami lebih memahami jentera ketika ini. Kami perlu meneruskan momentum sedia ada dan cuba dengan baik untuk mengutip mata," jelas Adam.
Perkembangan positif turut dipamerkan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi, yang mengutip mata pertamanya musim ini selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-14.